JAMINAN 30 HARI METRO COFFEE
Jika anda tidak berpuas hati selepas mencuba Metro Coffee, anda boleh mengemukakan permohonan dalam tempoh 30 hari selepas pesanan diterima, tertakluk kepada syarat pemulangan di bawah.
Tempoh permohonan bermula daripada tarikh pesanan diterima.
Permohonan dihantar tidak melebihi 30 hari selepas tarikh pesanan diterima.
Untuk pembelian pakej, satu kotak boleh dibuka bagi tujuan percubaan.
Maklumat yang lengkap membantu pihak khidmat pelanggan menyemak permohonan dengan lebih cepat.
Berikan nombor pesanan, gambar produk dan maklumat yang diminta untuk semakan.
Selepas permohonan diterima untuk semakan lanjut, pulangkan baki produk ke alamat yang diberikan.
Pihak kami akan memeriksa produk yang diterima dan memaklumkan keputusan permohonan.
Permohonan dibuat selepas tempoh 30 hari daripada tarikh pesanan diterima.
Tempoh bermula pada tarikh pesanan direkodkan sebagai telah diterima oleh pelanggan.
Untuk pembelian pakej, satu kotak sahaja boleh dibuka bagi tujuan percubaan. Kotak selebihnya perlu kekal belum dibuka.
Ya. Baki sachet daripada kotak yang dibuka serta kotak lain dalam pembelian asal perlu dipulangkan.
Kos penghantaran pulang ditanggung oleh pelanggan kecuali dipersetujui sebaliknya oleh pihak khidmat pelanggan.
Kaedah bayaran balik akan dimaklumkan selepas permohonan diluluskan. Bayaran COD atau caj perkhidmatan penghantaran tidak semestinya termasuk dalam jumlah bayaran balik.
Tempoh semakan bergantung pada penerimaan produk yang dipulangkan dan kelengkapan maklumat permohonan.
Sediakan nombor pesanan sebelum menghubungi kami supaya semakan dapat dilakukan dengan lebih cepat.
Nota: Polisi ini terpakai kepada pembelian Metro Coffee melalui saluran jualan rasmi dan tertakluk kepada pengesahan rekod pesanan.